SESI CABUTAN KERJA UNDI SECARA ATAS TALIAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH BIL. 1/2022
Jangan ketinggalan untuk mengikuti proses undian secara “LIVE STREAMING” di Laman Rasmi Majlis Daerah Batu Gajah di https://www.facebook.com/mdbatugajah pada 8 Julai 2022 ( Jumaat) bermula jam 09:00 pagi.
Nombor Cabutan Undian permohonan yang berjaya melepasi tapisan boleh merujuk kepada rajah dibawah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Batu Gajah di talian 05-3632020 dan sebarang bantahan/perubahan/pembetulan perlu dibuat sebelum jam 12:00 tengahari pada 05 Julai 2022 (Selasa). Semakan Kerja Undi MDBG 2022( Melepasi dan Tidak Melepasi Tapisan) bagi Kategori berikut:
Memastikan dan menyelaraskan semua bentuk pembangunan fizikal bagi kawasan-kawasan di dalam penguasaan Majlis Daerah Perak Tengah dan kawasan persekitaran yang mana di bawah kawalannya supaya:
FUNGSI JABATAN
Dibina secara teratur
Terancang dan seimbang menepati matlamat pembangunan Majlis
Mematuhi undan-undang kecil yang bersangkutan
Mematuhi segala polisi Majlis
Mempunyai tahap keselamatan yang baik, selesa untu didiami dan bersih
Mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna dan berkualiti
Memberi Nasihat Dan Perkhidmatan Perundangan Agar Segala Tindakan Yang Diambil Menepati Peruntukan Undang-Undang Yang Dikuatkuasakan.
Menyelaras Tindakan Pewartaan Dengan Menyedia, Menyemak, Meminda Dan Menggubal Deraf Undang-Undang Kecil, Perintah, Kaedah, Peraturan Dan Pindaan Undang-Undang Kecil Sebelum Dikuatkuasakan.
Membuat Semakan Perundangan Ke Atas Kertas Siasatan Sebelum Tindakan Pendakwaan Diteruskan.
Mengurus Fail-Fail Pendakwaan Dengan Menyediakan Kertas Pengaduan, Kertas Pertuduhan, Kertas Saman Dan Fakta Kes Bagi Mendapatkan Izin Mendakwa Daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak Dan Pendaftaran Kes Di Mahkamah.
Membuat Semakan Ke Atas Deraf Dokumen Perjanjian Yang Berkaitan Majlis.
Menyelaras Tindakan Sitaan Ke Atas Pemilik Pegangan Yang Mempunyai Tunggakan Cukai Taksiran Dan Tindakan Melelong Barang-Barang Sitaan Yang Gagal Dituntut Semula.
Unit Audit Dalam Majlis Daerah Batu Gajah Diwujudkan Mulai 1 Julai 2010 Adalah Bertanggungjawab Untuk Memastikan Kawalan Dalaman Majlis Sentiasa Dipertingkatkan Dengan Membuat Beberapa Penilaian Serta Kajian Ulangan Ke Atas Operasi-Operasi Dan Rekod-Rekod Majlis.
Unit Ini Adalah Satu Unit Berasingan Yang Ditubuhkan Di Bawah Kuasa Pentadbiran Dan Bertanggungjawab Sepenuhnya Kepada Ketua Agensi Bermaksud Tuan Yang Dipertua Dan Setiausaha Majlis.
Objektif Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam Merupakan Satu Fungsi Bebas Yang Memberi Kepastian Dan Khidmat Perunding Secara Objektif Untuk Menambah Nilai Dan Mempertingkatkan Tahap Operasi Majlis.
Objektif Unit Audit Dalam Adalah Untuk Membantu Majlis Mencapai Matlamatnya Melalui Pendekatan Yang Sistematik Dan Berdisiplin Untuk Menilai Dan Menentukan Keberkesanan Semua Proses Kawalan Dan Tadbir Urus.
Unit Audit Dalam Bertanggungjawab Bagi Menjalankan Audit Pematuhan (Pengurusan Kewangan) Dan Audit Prestasi.
Audit Pematuhan (Pengurusan Kewangan) Merangkumi Pemeriksaan Terhadap Sistem Kewangan, Kawalan Dalaman Dan Rekod Kewangan Untuk Menentukan Sama Ada Perbelanjaan, Hasil, Aset Dan Stor Dan Sebagainya Telah Diurus Mengikut Undang-Undang Peraturan Dan Arahan Yang Berkaitan.
Audit Prestasi Pula Merangkumi Penilaian Terhadap Aktiviti Sesebuah Organisasi Untuk Menentukan Matlamatnya Telah Tercapai Dan Sumber Digunakan Secara Berhemat, Cekap Dan Berkesan.
Objektif Kualiti Unit Audit Dalam
Memastikan Rancangan Audit Tahunan Disediakan Serta Diluluskan Selewat-Lewatnya Pada 31 Januari Tahun Semasa.
Memastikan Laporan Tahunan Disediakan Serta Diperakukan Selewat- Lewatnya Pada 30 Mac Tahun Berikutnya.
Memastikan Proses Auditan Dijalankan Berdasarkan Kepada Rancangan Audit Tahunan Atau Arahan Pihak Pengurusan (Audit Khas) Dari Masa Ke Semasa.
Memastikan Pelaksanaan Serta Laporan Audit Khas Disiapkan Dalam Tempoh 21 Hari Bermula Dari Tarikh Arahan Diterima Daripada Yang Dipertua / Setiausaha.
Memastikan Memo Kepada Auditi Dihantar Sekurang-Kurangnya 3 Hari Sebelum Proses Auditan Mula Dijalankan Bagi Program Pengauditan Berdasarkan Rancangan Audit Tahunan.
Mengeluarkan Memo Peringatan Terhadap Teguran / Pertanyaan Audit Yang Belum Dijawab Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh Akhir Jawapan / Maklumbalas Perlu Diserahkan Oleh Auditi.
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Majlis Daerah Batu Gajah Sekurang-Kurangnya 4 Kali Setahun / Arahan Pengurusan.
Dasar Kualiti Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam Adalah Komited Kepada Pengauditan, Kajian Serta Laporan Yang Berkualiti Dan Profesional Selaras Dengan Keperluan Pengurusan Majlis Dari Semasa Ke Semasa
Fungsi Audit Dalam
Mengkaji Tahap Pematuhan Kepada Segala Dasar, Undang–Undang, Peraturan Dan Arahan Yang Berkuatkuasa
Mengkaji Aktiviti Organisasi Diuruskan Secara Berhemat, Cekap Dan Berkesan
Mengkaji Aset Dan Kepentingan Organisasi Dilindungi Dari Segi Kehilangan, Penipuan Dan Penyelewengan
Memberi Nasihat/Pandangan Mengenai Kawalan Dalaman Terhadap Semua Sistem Termasuk Ict
Melaporkan Kepada Pihak Pengurusan Hasil Pengauditan Dan Mengambil Tindakan Susulan Terhadap Perkara Yang Dibangkitkan
Menyediakan Rancangan Audit Tahunan Dan Laporan Audit Tahunan Untuk Kelulusan Pihak Pengurusan
Membentangkan Laporan Audit Dalam Di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.
Visi
Untuk Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Meningkatkan Keberkesanan Proses Tadbir Urus Serta Pengurusan Kewangan Yang Berakauntabiliti.
Misi
Melaksanakan Pengauditan Secara Profesional Dan Bebas Bagi Mencapai Visi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Proses Tadbir Urus Serta Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan Di Majlis Daerah Batu Gajah.
Piagam Pelanggan
Kami Berjanji Untuk Membantu Meningkatkan Mutu Pengurusan MDBG Ke Tahap Yang Lebih Teratur Dan Berkesan Melalui Kajian-Kajian, Pemeriksaan, Penilaian Dan Laporan Ke Atas Peraturan, Prosedur Serta Operasi Secara Objektif.
Kami Akan Memastikan Tindakan Penyiasatan Dan Pemeriksaan Audit Dijalankan Secara Profesional Berdasarkan Kepada Rancangan Audit Tahunan Atau Arahan Pihak Pengurusan Dari Semasa Ke Semasa.
Mengemukakan Laporan Audit Yang Adil, Objektif Dan Tepat.
Menyediakan Laporan Tahunan Pada Masa Yang Ditetapkan.
Menjalankan Tindakan Audit Susulan Terhadap Kesempurnaan Dan Pencapaian Prestasi Apabila Diperlukan.
Menyelaras Dan Memudahcara Proses Kelulusan Permohonan Pembangunan Tanah, Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Dan Parit Dan Pelan-Pelan Lain Berkaitan Cadangan Pemajuan
Memendekkan Norma Masa Dan Mempercepatkan Proses Permohonan Cadangan Pemajuan.
Menyeragamkan Prosedur Dan Proses Cadangan Pemajuan Dengan Mengambilkira Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965(Ktn 56), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
NO 1, ARAS 1, WISMA MDK JALAN PADANG 34200, PARIT BUNTAR PERAK
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
05-7161228 ext 133
FUNGSI JABATAN
Menguruskan permohonan harta sewaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap harta-harta sewaan supaya berada dalam keadaan baik dan tiada pelanggaran syarat / perjanjian sewaan harta berlaku.
Memastikan kutipan sewaan dan tunggakan dikutip bagi peningkatan hasil bukan cukai.
Bertanggungjawab bagi menguatkuasakan akta-akta dan undang-undang kecil yang diterimapakai oleh Majlis Daerah Batu Gajah serta mendidik dan melatih penduduk di kawasan Majlis agar mematuhi segala undang-undang sedia ada.
Fungsi Utama Jabatan Penguat Kuasa
Menguatkuasa peruntukan undang-undang di bawah Akta dan Undang-undang kecil
Mengeluarkan kompaun dan notis bagi kesalahan yang melanggar peruntukan, akta dan Undang-Undang Kecil Majlis
Mendidik dan melatih penduduk mematuhi undang-undang melalui pendekatan penguatkuasaan yang Mesra Rakyat
Pemilik dan penghuni di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dikehendaki membersih lot tanah kosong yang ditinggalkan terbiar dalam keadaan semak samun. Sek 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kompaun sebanyak RM500.00 kepada pemilik/penghuni yang gagal membersihkan lot tanah kosong terbiar. Oleh yang demikian tuan/puan dinasihatkan supaya menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berjadual sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Fungsi Utama Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran
Memproses dan mempertimbangkan semua jenis lesen perniagaan mengikut kategori berikut :
Permohonan Lesen Tred Perniagaan
Permohonan Lesen Perniagaan (Berisiko)
Permohonan Lesen Untuk Penjaja
Penjaja Satik / Beredar
Lesen Gerai / Pasar
Penjaja Pasar Malam / Pasar Sehari
Permohonan Lesen / Permit Sementara
Permohonan Lesen Iklan / Kain Rentang
Lesen Iklan Kekal
Permit Iklan Jangka Pendek
Cara Memohon Lesen Serta-Merta Untuk Pelbagai Tred
Borang hendaklah diisi dengan terang dan tanda ( / ) dalam kotak-kotak berkenaan serta kembalikan borang ini di Kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Bangunan Pejabat Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Hanya permohonan lengkap sahaja yang di terima dan diproses serta-merta untuk pengeluaran lesen dan bayaran proses adalah sebanyak RM10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
Lesen Perniagaan (Kategori Berisiko)
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap berserta gambar berukuran passport serta mengemukakan dokumen-dokumen mengikut senarai semak permohonan lesen perniagaan. Permohonan perlu dirujuk kepada Agensi Teknikal (Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) bagi mendapatkan surat sokongan terlebih dahulu daripada Jabatan sebelum mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pelesenan MDBG. Bayaran memproses permohonan adalah sebanyak RM 10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan..
Senarai Semakan Permohonan Lesen Untuk Penjaja
Pemohon dikehendaki mengemukakan :
Satu salinan kad pengenalan pemohon
2 keping gambar berukuran passport
Satu salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat SSM)
Pelan lokasi / tapak perniagaan ( bagi permohonan penjaja statik sahaja)
Gambar lokasi tapak perniagaan
Salinan lesen memandu ( sertakan gambar kenderaan jika menggunakan kenderaan bermotor / kereta tolak.
Satu salinan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan (perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman)
Satu salinan surat suntikan (perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman)
Surat kebenaran tuan tanah jika tanah persendirian (Penjaja Statik) Syarat-syarat Pelesenan
Membayar / memperbaharui fee lesen pada setiap tahun
Mematuhi Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan.
Pemeriksaan Kesihatan (jika perlu)
Menjalankan perniagaan hanya di tempat yang dibenarkan.
Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan
Sebelum pelesen yang meneruskan perniagaan hendaklah membaharui Lesen secara sah bagi mengelakkan dikompaun dan denda. Pelesen dikehendaki datang sendiri ke Kaunter Pelesenan MDBG untuk membuat pembayaran. Semua urusan pembaharuan lesen harus dilakukan sebelum atau pada tarikh tamat tempoh sah laku lesen setiap tahun. Lesen yang tidak diperbaharui akan diambil tindakan penguatkuasaan Undang-Undang tanpa sebarang notis.
Syarat-Syarat Kesihatan Bagi Permohonan Lesen Perniagaan Premis Yang Melibatkan Makanan Dan Minuman
Wajib menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan. Tuan punya premis dan semua pekerja yang terlibat dengan pengendalian makanan wajib menghadiri kursus / latihan pengendalian makanan dari institusi latihan yang diiktiraf oleh Majlis.
Wajib mendapatkan suntikan Pelalian Terhadap Demam Kepialu ( Typhoid Fever). Tuan punya premis bertanggungjawab memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengendalian makanan menjalani pemeriksaan perubatan dan mengambil vaksinasi terhadap demam kepialu daripada klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Majlis.
Semua salinan asal perlu disimpan sama ada oleh pemilik premis atau pengendali makanan untuk pemeriksaan dari masa ke semasa.
Sesalinan bukti laporan pemeriksan perubatan dan pemberian suntikan vaksinasi terhadap demam kepialu ( Typhoid Fever) serta bukti menghadiri Kursus Pengendalian Makanan hendaklah dikemukakan kepada Majlis semasa mengemukakan permohonan lesen.
Semua premis perniagaan makanan dan kilang makanan dikehendaki mematuhi pengurusan sisa gris dan membuat pemasangan perangkap minyak yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Cara Permohonan Lesen Iklan Jangka Pendek
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan gambar visual iklan sebenar yang hendak dipamirkan dan satu salinan Pendaftaran Syarikat SSM
Gambar Visual iklan tersebut perlu mendapat pengesahan bahasa daripada Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman web Laman web :http://www.dbp.gov.mymelalui Emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. /Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Faks : 03-21479609 /04-5377245 (No.Telefon : 03-21479500/9600)
Pegawai Pelesenan akan memberikan kelulusan setelah berpuashati dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi di dalam iklan. Setelah pemohon menjelaskan bayaran, iklan tersebut akan diberi pelekat untuk ditampal ke kain rentang dan gegantung.
Pemohon akan dikenakan bayaran wang cagaran sebanyak RM100.00 dan wang cagaran tersebut perlu dituntut oleh pemohon sebaik sahaja tamat tempoh iklan selepas menurunkan kain rentang / gegantung. Jika tidak diturunkan iklan kain rentang / gegantung, wang cagaran tersebut tidak layak dituntut kerana melanggar syarat-syarat pelesenan
Tempat Atau Kawasan Yang Dilarang Untuk Menggantung Iklan
Iklan yang diluluskan hendaklah digantung di tempat yang sesuai di antara kawasan yang tidak dibenarkan untuk menggantung iklan ialah :
Tempat-tempat yang telah ditentukan sahaja kawasan larangan menggantung iklan ( Cth : tanda ‘Stick No Bill/ Dilarang menampal pelekat)
Tempat-tempat awam seperti pondok telefon, tiang telefon, tiang elektrik, pili bomba, papan tunjuk arah, lampu isyarat tanda jalan, pokok-pokok tanaman dan hiasan di tepi jalan.
Iklan tidak dibenarkan menghalang pandangan pengguna jalan raya, menghalang laluan awam dan digantung di tempat yang boleh membahayakan orang awam.
Fungsi Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran
Pemungutan Dan Pelupusan Sisa Pepejal
Kebersihan Jalan Raya
Penyelenggaraan Taman Dan Tandas Awam
Penyelenggaraan Lanskap
Program Kitar Semula
Kawalan Vektor Nyamuk Dan Lalat
Pecahan Unit
Unit Kebersihan Dan Kesihatan
Unit Taman Dan Rekreasi
Bertanggungjawab Mengendali Pengurusan Berkaitan Perkhidmatan
Mengawasi Mutu Perkhidmatan Kebersihan Awam.
Mewujud Suasana Bandar Dan Persekitaran Yang Bersih Dan Indah.
Menanam Semangat Cintakan Kebersihan Dan Persekitaran Yang Nyaman. Di Samping Itu Memupuk Semangat Disiplin Di Kalangan Orang Awam Terhadap Kepentingan Kebersihan.
NO 1, ARAS 1, WISMA MDK JALAN PADANG 34200, PARIT BUNTAR PERAK
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
05-7161228 ext 109
FUNGSI JABATAN
Memberi ulasan dan memproses permohonan yang berkaitan dengan bangunan
Memberi ulasan terhadap Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan sijil Layak Menduduki (Jika Ada)
Menyiasat dan mengambil tindakan yang bersesuaian berkaitan aduan di Jabatan Bangunan.
Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang berkaitan dengan bangunan selaras dengan akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Garispanduan yang diterimapakai
Lain-lain perkhidmatan yang diperuntukkan dibawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Membuat Penilaian ke atas semua pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran MDBG untuk menentukan nilaian tahunan bagi maksud kadaran.
Menyediakan Senarai Nilaian Baru di bawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang perlu dibuat setiap 5 tahun atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Membuat Pindaan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mengikut sebab-sebab seperti peruntukan Akta.
Menuntut Caruman Bantu Kadar (CBK) ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan (termasuk Angkatan Tentera Malaysia), Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
Bahagian Pengurusan Harta
Menyediakan dan mengemaskini senarai lengkap harta tak alih milik MDBG.
Menguruskan pembayaran bil cukai tanah bagi harta tak alih milik MDBG.
Menguruskan penyewaan gerai, pasar, dan lain-lain harta milik MDBG.
Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan lain-lain harta milik MDBG.
Merupakan salah satu daripada Jabatan yang terpenting di pentadbiran ini. Tanggungjawab dan peranan Jabatan ini bertambah penting dengan wujudnya pertambahan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Perak Tengah seperti di Seri Iskandar, Parit, Bota, Titi Gantung dan Kampong Gajah. Jabatan ini mula di tubuhkan sejak tahun 1998. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Unit Perancang dan Bangunan sahaja
FUNGSI JABATAN
Memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Merancang dan melaksanakan semua projek pembangunan di kawasan Majlis untuk kesejahteraan dan pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan. Diantara projek pembangunan yang dilaksanakan ialah:
a.Infrastruktur ( Jalan, longkang, lampu jalan)
b.Sosio-ekonomi ( Pasar, Gerai, Kompleks Niaga, Bengkel)
c.Kemudahan Sosial (Stesen Bas, Kemudahan Rekreasi, Alat permainan)
Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ke atas premis-premis milik Majlis serta infrastruktur dan kelengkapan kemudahan awam.
Mendaftar dan merekod semua jalan-jalan bari di kawasan Majlis untuk dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan peruntukan MARRIS ( Geran Senggaraan Jalan)
Memberi ulasan dan menyediakan laporan untuk kelulusan bagi permohonan Pelan Keja Tanah/ Pelan Jalan dna Perparitan kepada Jabatan Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Perak Tengah
Bahagian Perancang Bandar berfungsi mengawal selia, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan tanah serta bangunan selaras dengan peruntukan undang-undang. Bahagian ini terdiri daripada 2 unit iaitu :
Unit Kawalan Perancang
Permohonan Kebenaran Merancang Pemajuan Tanah
Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan
Permohonan Kebenaran Merancang Kerja Tanah
Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Jalan dan Peparitan
Menyediakan Ulasan Perancangan Bagi Permohonan Tanah Kerajaan / TOL
Permohonan Kebenaran Pemajuan Bangunan (Penubuhan Institusi Dan Membaharui Lesen Premis Setiap Bulan)
Permohonan Perakuan Pelan Pintar Ukur
Permohonan Nama Taman, Jalan, Pernomboran Rumah/Premis Dan Penamaan Semula Jalan Dan Taman
Unit Rancangan Pemajuan, Projek Khas & GIS
Melaksanakan Kajian-Kajian Berkaitan Perancangan Dan Pembangunan Tanah Rancangan Tempatan MDBG 2005 Kajian-Kajian Perancangan Yang Berkaitan
Menyediakan Projek-ProjekDi Atas Tanah Kerajaan Dan Tanah Hakmilik MDBG Untuk Di Bangunkan
Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat MDBG
Menyelaras Perlaksanaan Sistem Petunjuk Bandar Mampan Malaysia (Murninet)
Menyediakan Perkhidmatan Maklumat GIS
Mengemaskini Metadata GIS
SEMAKAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
Bertanggungjawab Mengurus Aspek-Aspek Kewangan Meliputi Perancangan, Belanjawan, Pungutan Hasil Dan Tunggakan, Perakaunan, Pembayaran Dan Lain-Lain Yang Berkaitan Dengan Kewangan.
Fungsi Jabatan Perbendaharaan
Penyediaan Belanjawan
Penyediaan Penyata Kewangan
Mengurus Aliran Tunai
Kutipan Hasil Dan Bayaran
Waktu Berurusan Di Kaunter
Kaunter Pejabat Utama
Isnin Hingga Jumaat
8.00 Pagi - 4.30 Petang
Kaunter Pandu Lalu
Isnin Hingga Jumaat
8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Kaunter Pasar Awam Batu Gajah
Sabtu (Minggu Pertama dan Keempat)
8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Ahad Dan Cuti Umum
Tutup
Kaedah Pembayaran
Plug N Pay
Pembayaran Di Kaunter Bank Rakyat Dan Secara Atas Talian (Online).
Kaunter Cawangan Di Laman Local Agenda 21.
Pembayaran Melaui Epbt Online.
Pembayaran Boleh Dibuat Dimana-Mana Kaunter Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah Di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pembayaran Melalui Maybank2u.Com
Pembayaran Melalui Cek Atau Kiriman Wang Hendaklah Dibuat Atas Nama Majlis Daerah Batu Gajah.
Pembayaran Melalui Kad Kredit Hanya Boleh Dibuat Di Kaunter Pejabat Majlis Daerah Batu Gajah Sahaja.
Pembayaran Juga Boleh Dibuat Di Kaunter Pos Malaysia Bhd. Di Seluruh Negeri Perak Dan Melalui Pos Online.
Bertanggungjawab Terhadap Aspek Pengurusan Dan Perjalanan Urusan Pentadbiran Pejabat Agar Berjalan Lancar Dan Mencapai Misi, Visi Serta Matlamat Utama.
Urus Setia Kepada Pengurusan Tertinggi Majlis Dalam Mesyuarat-Mesyuarat Pengurusan Jabatan Dan Bertanggungjawab Menentukan Keputusan-Keputusan Dilaksana, Dikoordinasi Dan Disusuli Setiap Tindakan.
Sebagai Urus Setia Yang Menyelaras Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Menyelaras Setiap Laporan Dan Maklum Balas Dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Serta Menyelaras Soalan-Soalan Yang Dibangkitkan Oleh Dewan Rakyat, Dewan Negeri Dan Dewan Undangan Negeri Untuk Jawapan.
Mengendali Dan Mengaturkan Lawatan Ahli Majlis Dan Kawasan Dalam Dan Luar Negara.
Memantau Dan Menyelia Tahap Disiplin Kakitangan Untuk Laporan Kepada Pengurusan Tertinggi.
Mewujudkan Jaringan Perhubungan Awam Di antara Majlis, Orang Awam Dan Agensi Kerajaan Serta Swasta.
Menguruskan Keselamatan Dan Keceriaan Pejabat.
Mengurus Dan Menyelaras Aduan-Aduan Awam.
Pengeluaran Dan Pengedaran Pekeliling, Surat Pekeliling Serta Pekeliling Jabatan.
Urus Setia Kepada Program Peningkatan Kualiti Dan Anugerah-Anugerah Kualiti.
Bertanggungjawab Terhadap Produk-Produk Pelancongan Dan Tarikan Pelancong Di Dalam Kawasan Majlis.
Bertanggungjawab Terhadap Urusan Penswastaan Dan Projek-Projek Komuniti.
Membangunkan Laman Web Jabatan.
Fungsi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan
Bahagian Pentadbiran & Keurusetiaan
Mengurus Dan Mengatur Tarikh Mesyuarat-Mesyuarat Penuh, Jawatankuasa, Pengurusan Dan Ad-Hoc Yang Dipengerusikan Oleh Yang Dipertua Dan Setiausaha.
Mengambil Minit Mesyuarat Dan Menyelaras Tindakan Yang Perlu Dilaksanakan.
Mengatur Jadual Dan Janji Temu Yang Dipertua / Setiausaha.
Menyediakan Buletin Dan Laporan Tahunan.
Urus Setia Kepada Acara-Acara Rasmi Jabatan.
Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus Pengisian Jawatan.
Mengurus Urusan Persaraan.
Menyedia Penyata Perubahan Dan Penyata Pergerakan Gaji.
Merekod Dan Mengemaskini Perkhidmatan Dan Kenyataan Cuti.
Memproses Permohonan Cuti Kakitangan.
Urus Setia Lembaga Pelantikan Dan Tatatertib.
Menguruskan Laporan Prestasi Tahunan Dan Anugerah Khidmat Cemerlang.
Merancang Latihan Asas Dan Latihan Berterusan Untuk Pegawai Dan Kakitangan.
Menguruskan Kursus-Kursus Dalaman Dan Kursus Luar Yang Berkaitan.
Menguruskan Kursus Induksi Untuk Pegawai Dan Kakitangan.
Melaksanakan Proses ‘Job Rotation' Untuk Kakitangan.
PELAN STRATEGIK MAJLIS DAERAH BATU GAJAH BAGI TAHUN 2020-2025
Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 adalah ditetapkan seperti berikut :
Hari-Hari Kelepasan Am Negeri
Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2024 adalah ditetapkan seperti berikut :
Hari-Hari Kelepasan Am Negeri
i)
Tahun Baru 2024
1 Januari
2024
Isnin
ii)
Hari Thaipusam
25 Januari
2024
Khamis
iii)
Hari Nuzul Al-Quran
28 Mac
2024
Khamis
iv)
Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
1 November
2024
Jumaat
Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan
i)
Tahun Baru Cina (2 hari)
10 dan 11 Februari
2024
Sabtu - Ahad
ii)
Hari Raya Puasa (*) (2 hari)
10 dan 11 April
2024
Rabu-Khamis
iii)
Hari Pekerja
1 Mei
2024
Rabu
iv)
Hari Wesak
22 Mei
2024
Rabu
v)
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
3 Jun
2024
Isnin
vi)
Hari Raya Qurban (*)
17 Jun
2024
Isnin
vii)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
7 Julai
2024
Ahad
viii)
Hari Kebangsaan
31 Ogos
2024
Sabtu
ix)
Hari Malaysia
16 September
2024
Isnin
x)
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
16 September
2024
Isnin
xi)
Hari Deepavali (*)
31 Oktober
2024
Khamis
xii)
Hari Krismas
25 Disember
2024
Rabu
Catatan :
(*) Tertakluk kepada perubahan"
Peringatan :
1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.
Suatu Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjunng Malaysia, dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
E-Participation merupakan kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah Batu Gajah, Perak bermula 01 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025.
Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. www.utp.edu.my
05-368 8000
2.
Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, 32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. www.perak.uitm.edu.my
05-374 2000
3.
Kolej Profesional Mara, KPM Seri Iskandar, Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan. www.mara.gov.my
05-371 1045
4.
Institut Kemahiran Belia Negara, IKBN Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak Darul Ridzuan. www.ikbnsi.edu.my
05-3711300
5.
Kolej Komuniti Pasir Salak, Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. www.kkpsa.edu.my
05-655 2300
6.
Pusat Giat Mara, Kg. Tok Paduka Raja, 36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan. www.giatmara.edu.my
05-631 8000
7.
Institut Bina Semangat, Pengurus Institut Dato Sagor Kg. Gajah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
05-631 1980
8.
Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. www.plfsp.com.my
05-655 1809
9.
Pusat Latihan UiTM Perak, Sg. Galah, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. www.uitm.edu.my
05-361 6200
10.
Akademi Pengurusan Masjid (Surau Al Ehsan)
Dataran Bemban 22, Anjung Bemban Maju,31000, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November, 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia. Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :
Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit
Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar
Kawasan adoption seluas 5978 hektar
Kawasan operasi seluas 3330 hektar
Kawasan jajahan Majlis Daerah Perak Tengah
Parit
Kampung Buluh Akar
Tanjung Belanja
Bota Kanan
Seri Iskandar
Titi Gantung
Kampung Gajah
Sebelum 1979 , daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.
Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit (LPKT) dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar (LLB).
Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan yang tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar. kawasan adoption seluas 5978 hektar sementara kawasan operasi seluas 3330 hektar bagi kawasan-kawasan berikut:-
Kawasan
bil
Keluasan (hektar)
Parit
1
512
Tanjung Belanja
2
84
Buluh Akar
3
32
Bota Kanan
4
250
Titi Gambong
5
688
Seri Iskandar
6
1,430
Kampung Gajah
7
334
Jumlah
3,330
Kenaikan taraf dan pembesaran kawasan ini adalah merupakan satu perkara yang wajar, kerana dengan cara ini saja segala bentuk kemudahan bandar atau ciri-ciri perbandaran dapat diperkenalkan dan dinikmati di peringkat luar bandar.
Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah juga telah berpindah dari Pekan Parit ke Pusat Pentadbiran Bandar Baru Seri Iskandar pada 14 September 1993. Oleh itu adalah diharapkan pentadbiran ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.