Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aplikasi Pintar

myPATIL BIZ

myPATIL Biz merupakan aplikasi yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pintar dalam pendigitalan urusan pelesenan Pihak Berkuasa Tempatan.

Melalui aplikasi myPATIL Biz, para peniaga boleh melihat lesen digital, kompaun dan notis.

Selain itu, kemudahan seperti memperbaharui lesen perniagaan dan pembayaran kompaun juga boleh dilakukan melalui platform atas talian dengan aplikasi myPATIL Biz.

Muat turun aplikasi myPATIL Biz sekarang melalui Google App Store dan Apple Store.

Park@Perak

Alternatif Pembayaran Caj Letak Kereta Melalui Telefon Pintar. Kini anda boleh membayar caj letak kereta anda melalui aplikasi ini tanpa menggunakan kupon letak kereta sedia ada di SELURUH PERAK bermula 1 JANUARI 2019

Aplikasi pintar PARK@PERAK boleh dimuat turun di Play Store, App Store, Huawei Gallery dan GAMMA.my kini hadir dengan penambahbaikan terhadap medium atau saluran pembayaran iaitu melalui kad kredit dan eWallet serta berfungsi untuk membuat semakan dan pembayaran kompaun lalulintas Majlis Daerah Batu Gajah.

MyWC2U

Aplikasi MyWC2U yang telah dibangunkan oleh KPKT berfungsi untuk memudahkan orang ramai mencari tandas awam terdekat dalam lingkungan 6KM radius berpandukan petunjuk GPS.

Selain itu, pengguna juga dapat melihat maklumat tandas awam berpandukan Penarafan Bintang dan kemudahan yang disediakan di tandas awam seperti keperluan orang kurang upaya (OKU), bilik tukar lampin dan lain-lain. Malah, pengguna juga dapat memberi penilaian tahap kepuasan tandas awam untuk dijadikan panduan kepada pengguna lain.

Jom muat turun aplikasi ini secara percuma menerusi Google Play atau App Store sekarang!
  • Utama
  • Perkhidmatan
  • Aplikasi Pintar
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 20/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286980