Permohonan Lesen Untuk Penjaja
Permohonan Lesen / Permit Sementara
Permohonan Lesen Iklan / Kain Rentang
Borang hendaklah diisi dengan terang dan tanda ( / ) dalam kotak-kotak berkenaan serta kembalikan borang ini di Kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Bangunan Pejabat Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Hanya permohonan lengkap sahaja yang di terima dan diproses serta-merta untuk pengeluaran lesen dan bayaran proses adalah sebanyak RM10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap berserta gambar berukuran passport serta mengemukakan dokumen-dokumen mengikut senarai semak permohonan lesen perniagaan. Permohonan perlu dirujuk kepada Agensi Teknikal (Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) bagi mendapatkan surat sokongan terlebih dahulu daripada Jabatan sebelum mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pelesenan MDBG. Bayaran memproses permohonan adalah sebanyak RM 10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan..
Pemohon dikehendaki mengemukakan :
Sebelum pelesen yang meneruskan perniagaan hendaklah membaharui Lesen secara sah bagi mengelakkan dikompaun dan denda. Pelesen dikehendaki datang sendiri ke Kaunter Pelesenan MDBG untuk membuat pembayaran. Semua urusan pembaharuan lesen harus dilakukan sebelum atau pada tarikh tamat tempoh sah laku lesen setiap tahun. Lesen yang tidak diperbaharui akan diambil tindakan penguatkuasaan Undang-Undang tanpa sebarang notis.
Iklan yang diluluskan hendaklah digantung di tempat yang sesuai di antara kawasan yang tidak dibenarkan untuk menggantung iklan ialah :