Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Arkib Berita

02 Julai 2024
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah mengadakan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Sesi Pengumpulan Profil Kesihatan Anggota bagi kakitangan Bahagian Landskap pada 28 Jun 2024 (Jumaat) yang lalu. Taklimat diadakan di Tapak Semaian MDBG dan dihadiri seramai 26 orang kakitangan Bahagian Landskap.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada anggota berkaitan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mengumpul profil kesihatan anggota.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal bin Azizi, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MDBG.

Output jangka masa panjang penganjuran program adalah keselamatan kepada anggota dan komuniti setempat bagi kelestarian berterusan pembangunan kawasan pentadbiran
 
  • jkkp
  • jkkp
  • jkkp
27 Jun 2024
Batu Gajah – Majlis Daerah Batu Gajah telah menerima kunjungan deligasi dari Kota Medan Indonesia menerusi program yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Skop lawatan merangkumi sesi perkongsian kedua negara selain perkembangan pelancongan. Pastinya medium promosi yang digunakan dapat menarik lebih ramai pelancong dari luar negara ke Malaysia khususnya Perak dan Batu Gajah.

Limpahan ekonomi yang diperoleh pastinya kembali kepada komuniti untuk jangka masa panjang. Kebersihan kawasan pentadbiran harus sentiasa dijaga dan ia menjadi tanggungjawab kita bersama. Kurang manis dalam gula dan tambah manis dalam senyuman.

 

  • DKM
  • DKM
  • DKM
  • DKM
  • DKM
  • DKM
27 Jun 2024
Batu Gajah - Pentadbiran ini memandang serius isu berkaitan anjing terbiar dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah. Operasi dilaksana secara konsisten untuk memastikan keselesaan komuniti. Telah berlangsung operasi tangkapan anjing dalam kawasan operasi yang melibatkan tujuh (7) lokasi berdasarkan aduan yang diterima dari komuniti.

Usaha ini pasti tidak akan berhasil jika semua pihak dapat memainkan tanggungjawab yang baik. Anjing tidak wajar dilepaskan begitu sahaja, memberi makan kepada ajing terbiar dapat meningkatkan populasi anjing di dalam kawasan.

Sebarang aduan/cadangan/penghargaan boleh dilaksana menerusi saluran rasmi https://perak.spab.gov.my
Terima kasih.
 
  • ops
  • ops
  • ops
  • ops
27 Jun 2024
Batu Gajah – Majlis Daerah Batu Gajah sentiasa mengambil tindakan yang wajar berdasarkan punca kuasa dan undang-undang yang berkuatkuasa. Setiap premis perniagaan wajib mempunyai lesen perniagaan.

Bagi mengelakkan tindakan penutupan premis dibawah peruntukan 43 (1) (a) UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS DAERAH BATU GAJAH) 2017, rujuk Majlis Daerah Batu Gajah (Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan) bagi sesi konsultasi dan maklumat lanjut.

Sebarang aduan/cadangan/penghargaan bole dilaksana menerusi saluran rasmi https://perak.spab.gov.my
 
Terima kasih.
  • ops
  • ops
  • ops
  • ops
23 Jun 2024
Batu Gajah - 23 Jun 2024 , Majlis Daerah Batu Gajah merakam ucapan terima kasih kepada komuniti yang komited dan mempunyai tahap kesedaran tinggi dalam penganjuran program berkonsepkan 3R.

Semoga usaha ini dapat memastikan kelestarian alam sekitar untuk jangka masa panjang. Nantikan program seterusnya pada bulan Julai nanti, Jumpa kome di sana.
 
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
  • 3R
13 Jun 2024
MDBG telah menerima Sijil Penghargaan Pelaksanaan DDMS 2.0 dalam satu majlis Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2024 & Cakna Pengurusan Rekod Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ petang tadi. Yang Dipertua, Tuan Mohamad Razif bin Ramli telah menerima Sijil Penghargaan tersebut yang disampaikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara. MDBG merupakan salah satu dari tiga PBT seluruh Malaysia yang telah melaksanakan DDMS 2.0 selain Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Daerah Pendang.

DDMS 2.0 atau Digital Document Management System adalah perkhidmatan pengurusan rekod mengikut kitaran hayat rekod Kerajaan bermula dari pewujudan, penyimpanan, penyenggaraan dan pelupusan rekod secara elektronik.

DDMS 2.0 membolehkan semua rekod kerajaan ditawan dan diakses melalui internet, di mana-mana sahaja 24 jam sehari dan memenuhi ciri sebagai pusat sumber maklumat sesebuah organisasi di mana semua rekod dan dokumen tersedia untuk diakses oleh pengguna dan boleh dikongsi l untuk kegunaan bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MDBG yang telah bertungkus lumus selama hampir 2 tahun bagi merealisasikan pelaksanaan DDMS 2.0.
  • ddms2.0

    ddms2.0

  • ddms2.0

    ddms2.0

  • ddms2.0

    ddms2.0

  • ddms2.0

    ddms2.0

  • ddms2.0

    ddms2.0

  • ddms2.0

    ddms2.0

31 Mei 2024
31 Mei 2024 – Badan sihat otak cerdas. Dalam mengekalkan cara hidup yang sihat dikalangan warga kerja, Majlis Daerah Batu Gajah telah mengadakan program MyBG Senam dan Sihat yang telah berlangsung pada pada 31 Mei 2024 (8.00 pagi)

Antara aktiviti yang dilakukan adalah senaman regangan badan dan larian sejauh 2.5 kilometer. Semoga aktiviti sebegini dapat meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan secara berterusan serta mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan ceria.
15 Mei 2024
Tg. Tualang 15/5/24- Memahami denyut nadi komuniti peniaga dalam kawasan pentadbiran merupakan aspirasi pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Menerusi inisiatif sesi libat urus bersama peniaga, kini peniaga di sepanjang laluan jalan besar Tg. Tualang telah ditempatkan ke Dataran Niaga Tanjung Tualang (tapak pasar malam/pagi). Sepanjang tempoh penyediaan lokasi baru pastinya terdapat isu yang menyukarkan peniaga pada peringkat awal. Menerusi siri perbincangan bersama , YB Bavani Veraiah, ADUN Malim Nawar telah memberi bantuan kepada peniaga agar kelangsungan perniagaan dapat berjalan lancar.

Melalui Program Serahan Sumbangan yang telah berlangsung pada hari ini, semua peniaga telah menerima sumbangan menerusi wakil YB ADUN Malim Nawar. Pentadbiran ini merakam penghargaan diatas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Ayuh memberi sokongan kepada peniaga di Dataran Niaga Tanjung Tualang
07 Mei 2024
Batu Gajah - 6 Mei 2024 (Isnin) Majlis Daerah Batu Gajah telah selesai diaudit bagi penetapan pencapaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT).

Menerusi pengauditan ini, pastinya terdapat banyak ruang penambahbaikan yang wajar dilaksana bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan pembangunan seiring dengan keperluan komuniti setempat.

Semoga keputusan yang diperoleh dapat memastikan Majlis Daerah Batu Gajah berada pada landasan yang tepat serta memberi impak positif kepada komuniti secara keseluruhan
 
06 Mei 2024
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Teluk Intan telah diadakan pada hari ini 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Bandaran Teluk Intan. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Tuan Nga Kor Ming.
MDBG turut serta dalam Majlis ini dengan membuka gerai dengan menyediakan juadah istimewa dan telah dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan gerai paling unik. Syabas dan tahniah diucapkan.
  • Utama
  • Informasi
  • Arkib
  • Arkib Berita
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286961