Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Taman Eko-Rimba Papan

Taman Herba Papan terletak di daerah Batu Gajah, Perak. Kemudahan yang disediakan adalah seperti pejabat penerangan, dewan serbaguna, galeri hasil hutan bukan kayu, tapak perkhemahan, tandas, bilik persalinan, surau, pondok rehat dan denai hutan.

  • Masa Melawat

    8.00 pagi-5.30 petang

  • Harga Tiket

    Kanak-kanak bawah 3 tahun - Percuma
    Kanak-kanak 12 Tahun ke bawah - RM 1
    Dewasa 18 Tahun ke bawah - RM 1
    Dewasa 18 Tahun ke atas - RM 2
    Warga Emas - RM 1
    Warga Asing - RM 5

  • Hutan Lipur Papan Pusing , PK Malaysia
  • 05-256 0112
  • 05-365 1679
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Baca selanjutnya: Taman Eko-Rimba Papan

  • Hits: 1720

Istana Raja Billah

Istana ini dibina menggunakan konsep binaan Mandailing atau lebih dikenali sebagai Mandailing Mansion. Mandailing merupakan nama keturunan bangsawan yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Istana Billah ini siap dibina pada tahun 1896 dan merupakan villa 2 tingkat terbesar di Papan, Perak dimana Raja Billah merupakan penghulu pada masa itu.

Menurut Abdur-Razzaq Lubis, pakar mengenai sejarah Mandailing, Raja Billah dan pengikutnya telah membuat keputusan untuk menetap di Perak namun pada akhir 1890an ramai dari keturunannya meninggalkan Papan.

Di tingkat bawah terdapat sebuah dewan yang mempunyai 8 penjuru dan sebuah pangkin. Manakala di tingkat atas merupakan ruang bilik tetamu dan dewan yang agak besar. Menurut sejarah, istana ini digunakan oleh Raja Billah untuk meraikan majlis kahwin, keramaian ataupun apa-apa sambutan penduduk di sekitarnya.

Yang paling utama, istana ini merupakan platform untuk penduduk disekitarnya bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah dan bertukar pendapat. Biasanya penduduk akan mengunjunginya selepas Solat Jumaat di Masjid Papan.

Baca selanjutnya: Istana Raja Billah

  • Hits: 2812

Kellie’s Castle

Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.

Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang (setiap hari).

  • Kellie's Castle,
    Batu 5, Jalan Gopeng,
    31000 Batu Gajah

  • 05-365 3381

  • 05-365 3420

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bayaran masuk

RM5.00 (Warganegara)
RM10.00 (Bukan Warganegara)

Baca selanjutnya: Kellie’s Castle

  • Hits: 2130

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

PATRO atau ” PERAK AGROTOURISM PERAK ” PATRO diusahakan oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) merupakan satu tarikan pelancongan baharu dan yakin mampu untuk menarik pelancong ke negeri ini menerusi kelengkapan chalet yang turut menggabungkan persekitaran semulajadi.

Keunikan yang ditonjolkan dan dibangunakan dengan menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan di atas kawasan seluas 670 ekar ini memberikan satu kelainan dan keindahan semulajadi yang sukar sekali diperolehi.

Terdapat pelbagai aktiviti ditawarkan di PATRO, antaranya aktiviti sukan lasak seperti ATV, berbasikal dan paintball serta aktiviti sukan air seperti bot kayuh dan kanu. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri tanaman yang dihasilkan disekitar kawasan tersebut seperti tanaman cili, tanaman kunyit dan daun kesum,perusahaan madu kelulut dan tidak ketinggalan tempat pemprosesan telur masin.

  • Perak Agrotourism Resort,
    A15,
    31800 Tanjung Tualang,
    Perak, Malaysia

  • 017-513 0242

Baca selanjutnya: Perak Agrotourism Resort (PATRO)

  • Hits: 2200

Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). apabila tiba musim air yang banyak, air kolam akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall.

Mengikut cerita, empangan ini dibina di Sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timahpada waktu tersebut. Empangan dianggar setinggi 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini menjadi lokasi tumpuan percutian penduduk tempatan dan pelancong pada waktu cuti. Terdapat kemudahan asas disediakan  seperti tandas, surau, gazebo dan pondok rehat.

Pusat Rekreasi Lubuk Timah terletak 8KM dari tol Simpang Pulai (Exit 137). Untuk pergi kesana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di lampu isyarat pertama dan 500 meter di lampu isyarat berikutnya. Menuju ke Cameron Highland 5KM dari simpang jalan utama tersebut akan terjumpa papan tanda kecil tunjuk arah simpang masuk ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1Km sebelum sampai ke lokasi air panas.

Masa Lawatan

 8.00pagi-6.30petang

Harga Tiket

RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas)
RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun)
RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Sewa

RM 70.00 (Gazebo Eksklusif)
RM 50.00 (Gazebo)
RM 10.00 (Pondok)

  • Pusat Rekreasi Lubuk Timah
    Lubuk Timah Fall Hot Spring
    31300 Ipoh , PK
    Malaysia

  • 013-590 1690
    013-433 5361

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Baca selanjutnya: Pusat Rekreasi Lubuk Timah

  • Hits: 5782

Taman Alam Kinta (Taman Burung)

Taman Alam Kinta telah diiktirafkan oleh Persatuan Alam Malaysia sebagai kawasan yang menjadi habitat kepada lebih daripada 150 jenis burung air melalui atau kajian yang telah dilakukan awal tahun ini.

Pengerusi Taman Alam Kinta, Jek Yap menyatakan kajian tersebut yang dijalankan daripada 8 hingga 24 Januari menunjukkan bahawa Taman Alam Kinta didiami oleh 1,381 burung air di mana populasi tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2009.

Taman ini berkeluasan 900 hektar dan antara sepsis burung air yang menjadi tarikan pelancong adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, panglim, bangau dan lain-lain spesis burung lagi.

Sebuah menara pemerhati burung dibina agar pelancong dapat memerhati habitat burung-burung air di Taman Alam Kinta ini.

  • Taman Alam Kinta (Taman Burung)

  • 012-5009400
  • 012-524 2357

Baca selanjutnya: Taman Alam Kinta (Taman Burung)

  • Hits: 2285

Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba, untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat, Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

Masa Melawat

8.30pagi-5.00petang (Isnin-Jumaat)
9.00pagi-3.00petang (Sabtu-Ahad)

Tiket Dewasa - RM2
Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Perkhemahan/Familyday 1 Tapak-RM350
  • Taman Herba Negeri Perak
    Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
    Batu Gajah, Kg. Kepayang,
    31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

  • 05-357 2290
  • 05-357 7597

Baca selanjutnya: Taman Herba Negeri Perak

  • Hits: 4419

Warisan Kapal Korek

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.

Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.

Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter

Ketinggian : 5 Tingkat

Berat : 4500 Tan

Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.

Tahun Operasi : 1938 hingga 1992

Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta

Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.
  • Masa Lawatan

    9.00 Pagi hingga 6.00 petang (Selasa-Ahad)
  • 'Guided Dregde Tour Trip'

    9.30am,10.30am,11.30,12.30pm,1.30pm,2.20pm,3.30pm,4.30pm
  • 'Self Tour Trip'

    9.20am-5.30pm
  • Harga Tiket

    Dewasa (13-64 Tahun) - My Kad RM10.00| Non-My Kad RM20.00
    Warga Emas (65 Tahun Keatas) - My Kad RM5.00| Non-My Kad RM20.00
    Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) - PERCUMA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

  • Amanjaya TT5
    Kapal Korek Tanjung Tualang No.5,
    Km 9, Jalan Tanjung Tualang,
    31000 Batu Gajah
    Perak Darul Ridzuan

  • 014-904 3255

  • 05-529 1000

Baca selanjutnya: Warisan Kapal Korek

  • Hits: 5590
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962