Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Istana Raja Billah

Istana ini dibina menggunakan konsep binaan Mandailing atau lebih dikenali sebagai Mandailing Mansion. Mandailing merupakan nama keturunan bangsawan yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Istana Billah ini siap dibina pada tahun 1896 dan merupakan villa 2 tingkat terbesar di Papan, Perak dimana Raja Billah merupakan penghulu pada masa itu.

Menurut Abdur-Razzaq Lubis, pakar mengenai sejarah Mandailing, Raja Billah dan pengikutnya telah membuat keputusan untuk menetap di Perak namun pada akhir 1890an ramai dari keturunannya meninggalkan Papan.

Di tingkat bawah terdapat sebuah dewan yang mempunyai 8 penjuru dan sebuah pangkin. Manakala di tingkat atas merupakan ruang bilik tetamu dan dewan yang agak besar. Menurut sejarah, istana ini digunakan oleh Raja Billah untuk meraikan majlis kahwin, keramaian ataupun apa-apa sambutan penduduk di sekitarnya.

Yang paling utama, istana ini merupakan platform untuk penduduk disekitarnya bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah dan bertukar pendapat. Biasanya penduduk akan mengunjunginya selepas Solat Jumaat di Masjid Papan.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962