Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PENGANGKUTAN PESISIR SUNGAI KINTA DI BATU GAJAH

PENGANGKUTAN PESISIR SUNGAI KINTA DI BATU GAJAH

sungai

Sungai menjadi penghubung utama terawal sebelum jalan raya dibina di Tanah Melayu. Penggunaan pengangkutan air seperti sampan, kapal digunakan oleh masyarakat untuk bergerak. Sungai Kinta di Batu Gajah merupakan sungai utama yang turut mengalir melintasi bandar – bandar utama di Perak seperti Ipoh, Tanjong Tualang. Mengikut catatan diari J.W.W Birch pada 30 April 1875, beliau memudiki Sungai Kinta di Batu Gajah dan melihat kira – kira 30 buah rumah dan kilang bagi peleburan timah sepanjang pelayarannya di sungai tersebut. Sungai Kinta juga turut digunakan untuk mengeksport bijih timah dengan menggunakan bot kecil dan menuju ke Teluk Anson. Sungai Kinta di Batu Gajah juga terpilih untuk dibina pelabuhan yang baru perlombongan di Papan pada tahun 1881.


Rivers became the earliest main route before roads were built in Malaya. The use of water transportation such as canoes, boats were used by the community to commute. Sungai Kinta in Batu Gajah is a river that also flows through major cities in Perak such as Ipoh, Tanjong Tualang. According to J.W.W Birch's diary on 30 April 1875, he traveled Sungai Kinta in Batu Gajah and saw about 30 houses and factory for tin smelting during his voyage on the river. The Kinta River is also used to export tin by using small boats and heading to Teluk Anson. Sungai Kinta in Batu Gajah was also selected to build a new port for mining in Papan in 1881.

Baca selanjutnya: PENGANGKUTAN PESISIR SUNGAI KINTA DI BATU GAJAH

  • Hits: 5667

SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS

Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (Inggeris: Sustainable Development Goals, SDGs) terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia. Matlamat ini merupakan kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Milenium yang berakhir pada 2015 dan sebahagian daripada Resolusi 70/1 Perhimpunan Agung PBB, Agenda 2030.


Sustainable Development Goals or Sustainable Development Goals consist of 17 Goals presented by the United Nations (UN) in the UN General Assembly in September 2015, in New York, United States to be achieved by 2030 as agenda for development and human welfare. This goal is a continuation of the Millennium Development Goals that ended in 2015 and part of Resolution 70/1 of the UN General Assembly, Agenda 2030.

Baca selanjutnya: SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS

  • Hits: 1732

REVOLUSI BIJIH TIMAH

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.

Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.

Pada masa sekarang ini pelancong masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Menteri Besar Incorporate (MB Inc.)


About 4 km towards Tanjung Tualang there is a dredger which is still maintained in its original condition and is open to be visited by anyone who is interested with it. Tanjung Tualang is a town located in the administration of Kinta District (Kinta Barat) in Batu Gajah, Perak. Located at 4° 19' 0" North and 101° 4' 0" East, the nearest towns are Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng and Kampar.

Tanjung Tualang was well known once because it had several tin mines that operated on a big scale.

Among the international and multinational companies that have established and operated in Tanjung Tualang are Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, and Pernas Chartered Management. The main highlight of Tanjung Tualang is the presence of some of the largest Tin Ore Dredgers in the world. Around the 70s there were five ships in Tanjung Tualang.

Nowadays, tourist can still visit the remains of this dredger, which is still located at Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. These remains are under the supervision of Menteri Besar Incorporate (MB Inc.)

Baca selanjutnya: REVOLUSI BIJIH TIMAH

  • Hits: 1747

SEJARAH BATU GAJAH

Ilustrasi lukisan mural ini menunjukkan lokasi Batu Gajah di tepi Sungai Kinta. Menurut rekod diari JWW Birch ketika beliau melawat Batu Gajah pada 30 April 1875, JWW Birch menggambarkan Batu Gajah sebagai sebuah perkampungan besar yang terletak di tepi Sungai Kinta. Selain itu terdapat juga sebuah relau yang besar bagi kegunaan melebur bijih timah bagi perindustrian bijih timah.

Pusat pentadbiran Batu Gajah yang terletak di Mukim Sungai Terap di bawah jajahan Kinta ini telah dijadikan pusat jajahan oleh pihak British apabila mereka mula membina pejabat-pejabat kerajaan sepanjang tahun 1880-an. Pentadbiran di Batu Gajah bermula pada tahun 1897 dengan tertubuhnya Sanitary Board South Kinta (SBSK)oleh pihak British sebagai pentadbiran Bandar di peringkat pentadbiran tempatan. Selepas terbentuknya Akta Kerajaan Tempatan 1976, nama pentadbiran kerajaan tempatan Batu Gajah di ditukar kepada Majlis Daerah Kinta Barat dan kini dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Gajah bermula tahun 2009. Majlis Daerah Batu Gajah bertanggungjawab dalam mentadbir lima mukim iaitu Mukim Sungai Terap, Mukin Belanja, Mukim Tanjung Tualang dan Sebahagian Mukim Sungai Raia dan sebahagian Mukim Hulu Kinta.


The illustration of this mural painting shows the location of Batu Gajah on the banks of the Kinta River. According to JWW Birch's diary records when he visited Batu Gajah on April 30, 1875, JWW Birch described Batu Gajah as a large village located on the banks of the Kinta River. There is also a large furnace for the use of smelting tin for the tin industry.

The administrative of Batu Gajah, which is located in Mukim Sungai Terap under the Kinta district, was made by the British administration when they started build government offices throughout the 1880s. Administration in Batu Gajah began in 1897 with the establishment of the Sanitary Board South Kinta (SBSK) by the British. Then, after the Local Government Act 1976 form, Majlis Daerah Kinta Selatan named was changed to Majlis Daerah Batu Gajah in 2009. Majlis Daerah Batu Gajah are responsible for five mukim, namely Mukim Sungai Terap, Mukin Belanja, Mukim Tanjung Tualang, Sebahagian Mukim Sungai Raia and Sebahagian Hulu Kinta.

Baca selanjutnya: SEJARAH BATU GAJAH

  • Hits: 2723
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
mdl
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 26/06/25 • Jumlah Pelawat : 21286995