Membuat Penilaian ke atas semua pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran MDBG untuk menentukan nilaian tahunan bagi maksud kadaran.
Menyediakan Senarai Nilaian Baru di bawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang perlu dibuat setiap 5 tahun atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Membuat Pindaan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mengikut sebab-sebab seperti peruntukan Akta.
Menuntut Caruman Bantu Kadar (CBK) ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan (termasuk Angkatan Tentera Malaysia), Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.
Bahagian Pengurusan Harta
Menyediakan dan mengemaskini senarai lengkap harta tak alih milik MDBG.
Menguruskan pembayaran bil cukai tanah bagi harta tak alih milik MDBG.
Menguruskan penyewaan gerai, pasar, dan lain-lain harta milik MDBG.
Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan lain-lain harta milik MDBG.