TINDAKAN PENGUATKUASAAN BAGI ANJING LIAR DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) mengambil berat akan masalah anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan Batu Gajah. Sehubungan itu, sebuah operasi telah dilaksana di kawasan Pusing, Simpang Pulai dan Tronoh.
Komuniti penduduk di bawah pentadbiran MDBG disarankan untuk melesenkan haiwan peliharaan merujuk kepada undang-undang kecil pelesenan anjing. Kepatuhan perundangan dan penjagaan sempurna haiwan ini pasti memberi keselesaan kepada rakan komuniti yang lain dalam sesebuah lokaliti.