Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

BENGKEL KLASIFIKASI FAIL

Bengkel Klasifikasi Fail dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia telah diadakan pada 16-17 Januari 2023 di D Hotel Seri Iskandar. Tenaga pengajar dan fasilitator bengkel ini terdiri daripada Puan Norazilah binti Daud, Pegawai Arkib HQ Arkib Negara Malaysia, dan Encik Saifurnizam bin Ya'Akob, Penolong Pengarah ANM Negeri Perak, Arkib Negara Malaysia.

Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi menambah dan memperluaskan pengetahuan pegawai mengenai pengurusan fail dan memperkemaskan sistem klasifikasi fail yang sedia ada di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Seramai 35 orang kakitangan MDBG daripada pelbagai jabatan/unit telah terlibat di dalam bengkel ini. Antara objektif utama pelaksanaan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail adalah:

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan sistem dan klasifikasi fail kerajaan

2. Sebagai langkah awal untuk menyediakan klasifikasi fail yang menepati Panduan Pembangunan Klasifikasi Fail Pejabat Awam yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
3. Mengemaskini dan membangunkan Sistem Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsi yang baru;
4. Mengetahui syarat – syarat umum Klasifikasi Fail dalam DDMS 2.0 dan;
5. Memberi kefahaman dan membantu dalam penyediaan Jadual Pelupusan Rekod sebagai pra-syarat perlaksanaan DDMS.
Arkib Negara Malaysia telah mengenal pasti klasifikasi fail berdasarkan fungsi sebagai kaedah yang paling sesuai untuk diamalkan oleh pejabat awam di Malaysia.

Kaedah ini dapat menyediakan keseragaman di seluruh sektor awam dalam cara rekod diwujudkan, disimpan dan digunakan di samping memudahkan pencapaian maklumat dan perkongsian maklumat. Penyediaan klasifikasi fail fungsian ini juga merupakan salah satu pra-syarat dalam pelaksanaan penggunaan aplikasi pengurusan rekod elektronik. Dalam hal ini, MDBG terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penambahbaikan dan sistem pengurusan fail yg lebih cekap dan teratur

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 13/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286969