22 Jun 2022-Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana operasi turun padang susulan sesi kunjungan mesra YB Sandrea Ng, Adun Mukim Teja ke Majlis Daerah Batu Gajah pada 2 Jun 2022 yang lalu.
Turun padang ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi yang terlibat agar masalah komuniti setempat dapat diselesaikan dengan kadar segera. Semoga isu-isu berbangkit dapat diselesaikan demi kebaikan semua.
Rujuk panduan libat urus komuniti menerusi pautan atas talian di http://www.mdbg.gov.my/.../garis-panduan-libat-urus....
Komuniti penduduk di bawah pentadbiran MDBG juga boleh membuat aduan menerusi sistem atas talian https://perak.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk capaian aduan yang lebih pantas.