Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menjemput syarikat kontraktor dan pembekal untuk membuat pendaftaran bagi tahun 2026.
Kini proses pendaftaran lebih mudah – semua urusan dilakukan secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke pejabat Majlis.
Langkah Pendaftaran:
1️⃣ Isi borang pengesahan syarikat melalui Google Form.
2️⃣ Sertakan dokumen sokongan (SSM, SPKK CIDB, PKK, TCC).
3️⃣ Pihak Majlis akan menyemak dokumen dan mengeluarkan Bil Bayaran kepada syarikat yang layak sahaja.
4️⃣ Bayar yuran pendaftaran RM52.00 (baharu/pembaharuan) melalui JomPAY atau Kaunter Bayaran MDBG.
5️⃣ Muat naik resit bayaran melalui Google Form.
6️⃣ Sijil Pendaftaran Kontraktor akan dihantar melalui e‑mel dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bayaran disahkan.
📌 Maklumat Penting:
* Yuran pendaftaran: RM52.00 sahaja.
* Kaedah bayaran: JomPAY atau Kaunter Bayaran MDBG.
* Bil dan sijil hanya akan diberikan kepada syarikat yang layak sahaja.
* Tidak perlu hadir ke pejabat Majlis – semua urusan boleh dibuat secara dalam talian.
👉 Klik/Imbas QR code di bawah untuk akses Google Form Pendaftaran Kontraktor/Pembekal MDBG 2026