Dimaklumkan bahawa bermula 2 Mei 2026, pembayaran di Kaunter Utama dan Kaunter Pandu Lalu Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) pada setiap hari Selasa dan Rabu hanya akan menerima bayaran tanpa tunai (cashless).
💳 Kaedah pembayaran yang diterima:
✅ Kad Kredit / Kad Debit (Visa & Mastercard)
✅ Imbas dan Bayar melalui QR Maybank
📌 Pelaksanaan ini bertujuan untuk mempercepatkan urusan pembayaran, meningkatkan keselamatan transaksi serta menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam.
🤝 Kerjasama dan perhatian daripada semua pelanggan amatlah dihargai.
“Perkhidmatan Lebih Cekap, Transaksi Lebih Mudah”