PROGRAM KUTIPAN SAMPAH PUKAL SECARA PERCUMA SEMPENA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2024
PROGRAM KUTIPAN SAMPAH PUKAL SECARA PERCUMA SEMPENA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2024
Syarat-syarat yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin menggunakan khidmat ini adalah :
1) Sila pastikan sisa tanaman seperti daun pokok, rumput kering dan sebagainya telah dimasukkan dalam beg plastik sampah.
2) Sisa sampah pukal seperti almari, katil dan sebagainya hendaklah dileraikan dan diikat kuat serta tidak berselerakan.
3) Tunggul kayu, batu bata, tanah, pasir dan sisa binaan adalah tidak termasuk dalam kutipan ini.
4) Pemohon hendaklah mengeluarkan atau melonggokkan sampah di luar premis sehari sebelum tarikh kutipan dan adalah digalakkan untuk membantu anggota mengangkat sampah tersebut ke dalam lori yang disediakan.
5) Kutipan sampah pukal hanya akan dilaksanakan di kawasan premis kediaman sahaja.
6) Kutipan hanya akan dilaksanakan di zon yang berada di dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah mengikut tarikh kutipan yang telah ditetapkan.
7) Penduduk dimohon supaya meletakkan barangan pukal untuk dibuang di lokasi yang bersesuaian supaya tidak mendatangkan halangan dan kacau ganggu.
8 ) Jadual dan tarikh hanya diguna pakai bagi pengambilan sisa pukal sahaja dalam tempoh 24 Oktober sehingga 29 Oktober 2024 (rujuk jadual) dari jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala sisa domestik adalah berdasarkan jadual semasa.
9) Sebarang pindaan masa/jadual/tempat akan dimaklumkan kepada pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
10) Komuniti penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab yang telah ditugaskan di setiap kawasan ataupun penyelia, En Ahmad Niza bin Md. Isa (014-7462913) untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Sekian, terima kasih.
- Hits: 52