Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) mengambil serius isu haiwan ternakan yang berkeliaran dan mendatangkan bahaya kepada komuniti setempat. Justeru, tindakan pelaksanaan operasi telah dijalankan secara berkala dan konsisten bagi menangani isu ini.
Pada 07 September 2023, satu operasi tangkapan haiwan merayau telah dilaksanakan di sekitar kawasan Batu Gajah.
Sehubungan itu, sebarang maklum balas / aduan / cadangan melalui SISPAA amat dihargai demi meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada komuniti. Sila layari pautan atas talian di https://perak.spab.gov.my