BATU GAJAH, 19 Januari 2023, Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Shahiri bin Tan secara rasmi telah meninggalkan pejabat beliau di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) buat kali terakhir setelah berkhidmat dengan MDBG selama hampir 11 tahun.
Beliau yang akan bersara wajib bermula pada Februari depan, mengimbas cap jari perakam waktu tepat jam 5.00 petang sebagai tanda bagi mengakhiri
tugas beliau sebagai Setiausaha di MDBG dengan diiringi oleh Tuan Yang Dipertua MDBG serta disaksikan oleh warga MDBG.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan;
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Terima kasih, dan selamat bersara diucapkan!