Majlis Daerah Batu Gajah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pemenang yang bertuah.
Kepada pemenang, tuntutan wang tunai boleh dibuat seperti perincian berikut :
Tempoh : 13 hingga 17 Mac 2023 (hari bekerja)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi : Kaunter Bersepadu, Majlis Daerah Batu Gajah
Selepas tempoh yang dinyatakan, wang tunai tersebut akan dikreditkan ke akaun cukai taksiran para pemenang.
Manakala bagi enam (6) pemenang cabutan premium, pemenang akan dijemput ke Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Batu Gajah Bil. 3/2023 pada 12 April 2023 bagi cabutan penentuan wang tunai antara pemenang yang akan dilaksanakan secara fizikal.
Tuan / Puan boleh membuat semakan di senarai yang tertera. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Majlis Daerah Batu Gajah di talian 05 - 363 2020.