3 September 2022-Taman Desa Tronoh dengan kerjasama Majlis Daerah Batu Gajah telah mengadakan gotong-royong perdana sempena Bulan Kebangsaan tahun 2022.
Skop gotong-royong yang dilaksana pada hari ini adalah pemangkasan pokok, pembersihan longkang serta penanaman pokok bunga hiasan. Selain Majlis Daerah Batu Gajah dan komuniti penduduk, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. juga terlibat dalam program ini.
Tahniah dan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat sepanjang program ini berlangsung.
Sebarang aduan / cadangan dan maklumbalas boleh dilakukan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my
Rujuk panduan libat urus komuniti menerusi pautan atas talian di https://www.mdbg.gov.my/index.php/informasi/terkini/garis-panduan-libat-urus-bersama-komuniti-tahun-2021-2023