Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

OPERASI HALANGAN TEMPAT AWAM

Batu Gajah (22 Januari 2024) - Operasi Khas Halangan Tempat Awam telah dijalankan pada 22 Januari 2024 (Isnin) yang lalu bermula jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam yang menyasarkan premis-premis makanan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Sebanyak 14 buah premis makanan telah dikenakan tindakan rampasan kerusi, meja dan khemah di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan peralatan perniagaan di bahu jalan tanpa kebenaran.

345 unit peralatan perniagaan yang telah disita telah dipindahkan ke Pejabat Operasi Bahagian Penguatkuasaan MDBG untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

MDBG mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan agar memastikan syarat-syarat lesen sentiasa dipatuhi dan tidak membuat sebarang halangan di tempat awam dan laluan awam.
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962