MAJLIS AMANAT TAHUN BARU 2024 MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Sekitar suasana di Auditorium Majlis Majlis Daerah Batu Gajah sempena amanat tahun baharu 2024 yang disampaikan oleh Yang BerhormatTuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sesi ini turut disertai oleh warga kerja Majlis Daerah Batu Gajah secara dalam talian secara langsung. Amanat yang telah disampaikan pastinya memberi inspirasi serta dapat meningkatkan komitmen warga Majlis Daerah Batu Gajah untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.