Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi sama ada di dalam sektor kerajaan atau swasta.
Menyedari kepentingan itu, Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan MDBG telah bertanggungjawab untuk mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan pada 22 Disember 2023 yang lalu bermula jam 9.55 pagi.
Selain itu, taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah keselamatan semasa berlakunya kebakaran turut disampaikan oleh YBhg. Encik Mohammad Munadi bin Omar (Pegawai Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Batu Gajah dan pegawai-pegawai.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk :
(i) memberi pendedahan dan latihan kepada warga MDBG tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui semasa berlaku sebarang bencana seperti kebakaran;
(ii) memastikan Pasukan Keselamatan Kebakaran (Emergency Response Team) dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pasukan petindak cepat dalam membantu warga MDBG mengosongkan bangunan.