23 Julai 2022 - Inisiatif Majlis Daerah Batu Gajah bersama Murata Electronics (M) Sdn. Bhd dalam mendidik komuniti menjaga alam sekitar dizahirkan menerusi program pada hari ini.
Pelbagai program telah disediakan antaranya Kaunter Eco Green Market, E-waste, cabutan bertuah,kuiz alam sekitar, taklimat baja kompos dan banyak lagi.
Jumlah penyertaan dari agensi, institusi pendidikan dan komuniti yang sangat memberansangkan menunjukkan betapa komitednya warga Batu Gajah dalam usaha bersama melestarikan alam sekitar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Batu Gajah.