Setelah tertangguh beberapa tahun, akhirnya Galeri Rumah Lat dirasmikan dalam majlis penuh bermakna pada hari ini.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan berangkat ke perasmian galeri kartunis terulung negara, Lat atau nama sebenar Datuk Mohd Nor Khalid. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Semoga ikon baharu di Batu Gajah ini dapat memberi impak limpahan ekonomi kepada komuniti setempat dan melakar imej pelancongan di Batu Gajah ke peringkat yang lebih tinggi.