Accessibility Tools

Skip to main content

Escape Ipoh @ Tanjung Tualang

ESCAPE Ipoh merupakan sebuah taman tema eko-sukan dan rekreasi luar (outdoor eco-theme park) bertaraf antarabangsa yang kini dibuka untuk kunjungan orang ramai di Tanjung Tualang, Perak. Menariknya, taman tema seluas 140 ekar ini dibina dengan mengintegrasikan elemen sejarah perlombongan bijih timah tempatan, sekali gus menjadikannya satu-satunya taman tema di dunia yang berlatarbelakangkan sebuah kapal korek tulen.

Tanjung Tualang yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) di bawah Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), kini menawarkan satu lagi tarikan pelancongan moden yang unik, bersebelahan dengan struktur warisan ikonik Kapal Korek TT5.

Berbeza dengan taman tema konvensional, ESCAPE Ipoh mengekalkan falsafah "Low Tech, High Fun", di mana setiap aktiviti permainan digerakkan sepenuhnya menggunakan tenaga fizikal pengunjung. Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut menyokong usaha kelestarian alam sekitar.

Keluasan Kawasan

140 Ekar

Konsep Tarikan

Eko-Sukan, Aktiviti Lasak & Penerokaan Alam

Antara Aktiviti Utama

  • Rope Courses & Climbing – Laluan halangan tali tergantung di udara (Flying Fox) serta dinding memanjat Gecko Tower yang menguji ketangkasan dan keberanian.
  • Slingshot & Zip Lines – Aktiviti meluncur laju di udara merentasi pemandangan indah tasik bekas kawasan perlombongan.
  • Water Entertainment – Gelongsor air serta zon permainan air yang sesuai untuk seisi keluarga dan kanak-kanak.
  • Pengembaraan Mesra Alam – Aktiviti perkhemahan dan larian berhalangan dalam kawasan rimba buatan yang menghijau.

Masa Operasi

Selasa hingga Ahad
10.00 Pagi – 6.00 Petang

Tutup setiap hari Isnin bagi tujuan penyelenggaraan.

Harga Tiket (Pembelian Dalam Talian)

Harga tiket adalah dinamik, bergantung kepada kategori umur dan tempoh pembelian. Pembelian lebih awal menikmati kadar diskaun yang lebih tinggi.

  • Dewasa (13 – 60 Tahun): Bermula sekitar RM110.00 hingga RM140.00
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): Bermula sekitar RM70.00 hingga RM90.00
  • Warga Emas (60 Tahun ke atas) & Kanak-kanak bawah 3 Tahun: PERCUMA (Tertakluk kepada terma dan syarat bagi pemegang MyKad).

Maklumat Lanjut

ESCAPE Ipoh
Bersebelahan Kapal Korek TT5,
Km 9, Jalan Tanjung Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

Laman Web Rasmi:
www.escape.my/ipoh

MYHRMIS MOBILE MYGOV