Pemakluman kepada kesemua pengusaha-pengusaha hotel, homestay, rumah tumpangan, tapak perkhemahan, motel, rumah bot atau kenderaan yang digunakan sebagai tempat menginap yang berbayar sepertimana yang termaktub di bawah Enakmen Hotel Perak 2023.
Semua operator dan pengusaha premis penginapan pelancongan yang beroperasi di dalam kawasan MDBG diseru untuk mengambil peluang ini untuk berdaftar dengan PBT bagi menggalakkan semua jenis penginapan dan pemalaman memperoleh Lesen Hotel dalam tempoh pemutihan iaitu dalam tempoh bermula pada 1 Julai 2024 sehingga 30 Jun 2025.
Kelebihan pendaftaran di bawah program pemutihan ini akan membolehkan semua operator dan pengusaha mematuhi syarat asas yang dikenakan serta mengelak sebarang aduan daripada pihak pengguna. Selain itu, program ini akan membantu melengkapkan data hotel seluruh Perak untuk perancangan pembangunan sektor pelancongan dalam Negeri ini.
Enakmen Hotel Perak 2023 dan Peraturan-Peraturan Hotel Perak 2024 boleh diperoleh di laman sesawang MDBG untuk rujukan.