OSC 3.0 Plus Onlineadalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, bayaran melalui atas talian (PBTPay) dan membolehkan agensi teknikal mengulas permohonan secara maya serta seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi real-time tracking status permohonan dan command, control, communications, computers, and intelligence (C4i). Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dibangunkan oleh KPKT dengan kerjasama strategik bersama pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ).
Sistem OSC 3.0 Plus Online mampu menggunakan fungsi bayaran secara atas talian dan pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk mengemukakan pelan pemajuan di mana-mana PBT di Semenanjung Malaysia yang menggunapakai Sistem OSC 3.0 Plus Online.
Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui pautan : https://www. osc3plus.kpkt.gov.my dengan menggunakan browser google chrome dan Mozilla Firefox versi terkini.
Terdapat 8 modul-modul Utama didalam Sistem OSC 3.0 Plus Online :
Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah :
Tidak. Hanya sekali pendaftaran sahaja.
Buat masa ini hanya format PDF fail.
Format fail PDF lebih kecil berbanding Format fail Cadd dan menjimatkan ruang pengkalan penyimpanan data.
Ya. Buat masa ini hardcopy masih diperlukan untuk pihak PSP/SP kemukakan ke kaunter OSC.
Hardcopy hendaklah dikemukakan di kaunter OSC setelah semakan dan menerima notifikasi daripada pihak OSC.
Ya. Walau bagaimanapun fungsi penggunaan Digital Signature masih belum diaktifkan di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online.
OSC akan membuat semakan dalam tempoh 7 hari bermula dari hari pihak PSP/ SP mengemukakan permohonan secara atas talian. Sekiranya segala dokumen lengkap pihak OSC akan memaklumkan PSP/ SP untuk mengemukakan salinan hardcopy dan menjelaskan bayaran sebelum proses pelan pemajuan dikemuakakan kepada ATD/ ATL berkaitan dan seterusnya di bawa bagi pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa OSC di PBT. Tempoh proses bergantung kepada jenis kategori permohonan dan syarat-syarat teknikal dan bukan teknikal telah dipatuhi oleh PSP/ SP.
Buat masa ini tiada tempoh simpanan dokumen yang dimuatnaik oleh PSP/SP ditetapkan.
Pihak pemohon (PSP/SP) boleh menyemak status permohonan dan keputusan melalui sistem.
Pihak OSC akan menjana bil. fi permohonan di dalam sistem dan pihak PSP/ SP boleh menjelaskan pembayaran setelah bil dijana dengan klik pada butang bayar yang terdapat dalam maklumat fi.
Pemohon hendaklah imbas pelan tersebut dan simpan dalam bentuk format PDF fail.
Pihak OSC masih perlu mengemaskini permohonan di dalam Portal OSC 3.0.
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan untuk penambahan Agensi sekiranya terdapat keperluan kepada KPKT untuk dipertimbangkan sebelum agensi tersebut didaftarkan ke dalam sistem.
Ya. saiz fail PDF yang ingin dimuatnaik adalah tidak melebihi 10 MB.
Kelebihan sistem OSC 3.0 Plus Online adalah seperti berikut :
1) Pendaftaran Pemohon hanya dilakukan sekali sahaja dan pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana PBT berbanding sistem OSC 3 Online lama iaitu pihak pemohon perlu berdaftar disetiap PBT;
2) Sistem OSC 3.0 Plus Online mempunyai fungsi simpanan setiap aktiviti yang dilakukan oleh PSP/SP, Kakitangan OSC, ATD, ATL dan keputusan;
3)Sistem OSC 3.0 Plus Online menyediakan pembayaran secara atas talian dan dikaunter;
Sistem OSC Online akan dihentikan untuk pengemukakaan permohonan baru dan hanya permohonan lama dalam proses sahaja yang perlu diselesaikan. Sistem OSC Online akan ditutup bagi mana-mana PBT yang telah selesai semua permohonan lama.
Pihak PSP/ SP boleh mengemaksini maklumat tersebut setelah log masuk ke sistem dan klik pada kemaskini akuan.
Agensi Teknikal hendaklah memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pihak Agensi Teknikal tidak memberikan ulasan dalam tempoh yang diberikan, maka pihak Agensi Teknikal hendaklah memberikan ulasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
Agensi Teknikal yang gagal memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari hendaklah memberikan ulasan semasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
Id pengguna dan kata laluan boleh digunakan di mana-mana PBT yang menggunapakai Sistem OSC 3.0 Plus Online.
PSP/ SP hanya akan dapat melihat ulasan teknikal dalam Arahan Bertulis yang dijana oleh Jabatan memperaku bagi permohonan Kebenaran Merancang di aktiviti. Bagi ulasan teknikal permohonan pelan pemajuan lain, Pihak PSP/ SP akan dapat melihat semua syarat-syarat teknikal setelah pihak Urus setia mengedarkan surat pemakluman terperinci di dalam aktiviti.
Boleh cetak.
Tidak.
Pihak PSP/ SP boleh mendaftar profesion yang lain dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut:
Boleh. Terdapat fungsi bagi memadam permohonan yang ingin dibatalkan namun begitu pihak PSP/ SP hendaklah memaklumkan kepada pihak PBT terlebih dahulu hasrat tersebut. Segala permohonan yang dibatalkan akan menyebabkan semua lampiran dihapuskan di dalam data simpanan dan hanya no.permohonan serta tajuk permohonan yang akan direkodkan di dalam sistem (akrib permohonan dipadamkan).
Pihak PSP/ SP boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Bayaran secara atas talian melalui PBTPay
PSP/ SP boleh menetapkan semula kata laluan sekiranya pihak PSP./SP terlupa dengan menekan butang Lupa Kata Laluan. Sistem akan menghantar pesanan bagi menetapkan semula kata laluan melalui emel.
Pindaan UKBS 1984 yang diluluskan dalam MNKT Ke-78 yang melibatkan keperluan pengemukaan dokumen secara hardcopy juga telah diedarkan kepada Negeri untuk diwartakan dan dikuatkuasakan di PBT
Setakat ini fungsi tersebut belum disediakan
Agensi teknikal membuat semakan dan ulasan di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online
Ulasan Agensi Teknikal yang telah diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh dikeluarkan kepada pemohon melalui pelaksanaan Arahan Bertulis (Pelan Pemajuan Kebenaran Merancang sahaja)
Penetapan dokumen tambahan bagi pendepositan CCC yang tidak selaras dengan OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus adalah tidak dibenarkan
Standard Operating Procedure (SOP) OSC Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Khas telah disediakan oleh JKT serta telah diedarkan kepada semua PBT dan agensi teknikal pada April 2020 dan dikemaskini pada Mei 2021 yang mengandungi tatacara dan prosedur yang boleh dilaksanakan sepanjang pelaksanaan tempoh PKP bagi menjalankan proses OSC 3.0 Plus dari Proses 2 hingga Proses 6.
Encik Nahirul Nazeli Bin Ismail
Unit Pusat Sehenti (OSC),
Majlis Daerah Batu Gajah,
Jalan Haji Abdul Wahab,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
osc[at]mdbg[dot]gov[dot]my