Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) mengambil berat akan masalah anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan Batu Gajah.Sehubungan itu,satu operasi telah dilaksana di Taman Batu Gajah Perdana setelah menerima beberapa aduan oleh penduduk sekitar.
Komuniti penduduk di bawah pentadbiran MDBG juga boleh membuat aduan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk capaian aduan yang lebih pantas.