TINDAKAN PENGUATKUASAAN BAGI ANJING LIAR DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
03 November 2022-Operasi tangkapan anjing liar di dalam kawasan operasi Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah dilaksana di Taman Pusing Murni, Taman Gunung Hijau, Taman Batu Gajah Perdana, Taman Chenderong Jaya dan Taman Changkat Jaya.
Tindakan dilaksana berdasarkan aduan yang diterima oleh komuniti penduduk di kawasan-kawasan tersebut.Hasil daripada operasi yang dijalankan, MDBG telah berjaya menangkap sebanyak 15 ekor anjing.
Aduan / cadangan / permohonan daripada komuniti amat diperlukan bagi menyelesaikan aduan. Tuan/puan boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my