7 September 2022-Operasi tangkapan anjing liar di dalam kawasan operasi Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah dilaksana di Taman Seri Wangsa, Desa Tronoh Jaya, Bandar Baru Puspa, Taman Mewah, Bandar Sri Pengkalan, Taman Pusing Indah dan Batu Gajah Perdana.
Tindakan dilaksana berdasarkan aduan yang diterima oleh komuniti penduduk di kawasan-kawasan tersebut.Hasil daripada operasi yang dijalankan, MDBG telah berjaya menangkap sebanyak 20 ekor anjing.
Aduan / cadangan / permohonan boleh dibuat di pautan atas talian kami di https://perak.spab.gov.my