Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SIJIL PENGHARGAAN PELAKSANAAN DDMS 2.0

MDBG telah menerima Sijil Penghargaan Pelaksanaan DDMS 2.0 dalam satu majlis Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2024 & Cakna Pengurusan Rekod Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ petang tadi. Yang Dipertua, Tuan Mohamad Razif bin Ramli telah menerima Sijil Penghargaan tersebut yang disampaikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara. MDBG merupakan salah satu dari tiga PBT seluruh Malaysia yang telah melaksanakan DDMS 2.0 selain Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Daerah Pendang.

DDMS 2.0 atau Digital Document Management System adalah perkhidmatan pengurusan rekod mengikut kitaran hayat rekod Kerajaan bermula dari pewujudan, penyimpanan, penyenggaraan dan pelupusan rekod secara elektronik.

DDMS 2.0 membolehkan semua rekod kerajaan ditawan dan diakses melalui internet, di mana-mana sahaja 24 jam sehari dan memenuhi ciri sebagai pusat sumber maklumat sesebuah organisasi di mana semua rekod dan dokumen tersedia untuk diakses oleh pengguna dan boleh dikongsi l untuk kegunaan bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MDBG yang telah bertungkus lumus selama hampir 2 tahun bagi merealisasikan pelaksanaan DDMS 2.0.
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
ddms2.0
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962