Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI PERBINCANGAN BERSAMA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK

06 JANUARI 2023 (JUMAAT) – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dengan berbesar hati dan sukacitanya menerima kunjungan dari Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, Puan Shahida binti Mohamad Salleh pada hari ini, jam 10.00 pagi.

Tujuan sesi perbincangan ini adalah untuk membincangkan berkaitan pengurusan rekod di MDBG sebagai persediaan awal sebelum Bengkel Klasifikasi Fail yang dijadualkan pada 16-17 Januari 2023.

Semasa sesi ini, pihak ANM Negeri Perak telah memberi penerangan berkaitan kaedah pelaksanaan klasifikasi fail yang betul disamping melihat sendiri sistem eFile dan eSurat yang telah dibangunkan serta diguna pakai di MDBG.

Selain itu, pihak ANM Negeri Perak turut memberi pendedahan awal mengenai Digital Document Management System 2.0 (DDMS 2.0). Projek DDMS 2.0 bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan rekod yang menguruskan rekod rasmi dan rahsia rasmi kerajaan bagi keseluruhan kitaran hayatnya iaitu daripada proses pewujudan, penawanan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengedaran dan pelupusan rekod secara digital dan sistematik.

Turut hadir ialah Encik Saifurnizam bin Ya’akob, Penolong Pengarah ANM Negeri Perak dan Puan Nur Ain binti Abd Wahid, Pembantu Arkib ANM Negeri Perak.

Justeru, MDBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ANM Negeri Perak atas segala perkongsian. Diharapkan agar pertemuan ini akan memberi impak yang positif dalam pengurusan rekod di MDBG..

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 13/08/24 • Jumlah Pelawat : 21286968