15 Jun 2022 – Majlis Daerah Batu Gajah berbesar hati menerima kunjungan daripada Pasukan Audit, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjalankan sesi nilaian SPB-PBT tahun 2022. Terima kasih diucapkan kepada kesemua panel yang terlibat.Semoga kualiti penyampaian dapat ditambah baik untuk perkhidmatan yang lebih berkesan kepada komuniti.