Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS MAJLIS DAERAH BATU GAJAH BERSAMA YB ADUN MALIM NAWAR DAN KOMUNITI PENIAGA BIL. 7/2024 (SERAHAN SUMBANGAN KEPADA PENIAGA)

Tg. Tualang 15/5/24- Memahami denyut nadi komuniti peniaga dalam kawasan pentadbiran merupakan aspirasi pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Menerusi inisiatif sesi libat urus bersama peniaga, kini peniaga di sepanjang laluan jalan besar Tg. Tualang telah ditempatkan ke Dataran Niaga Tanjung Tualang (tapak pasar malam/pagi). Sepanjang tempoh penyediaan lokasi baru pastinya terdapat isu yang menyukarkan peniaga pada peringkat awal. Menerusi siri perbincangan bersama , YB Bavani Veraiah, ADUN Malim Nawar telah memberi bantuan kepada peniaga agar kelangsungan perniagaan dapat berjalan lancar.

Melalui Program Serahan Sumbangan yang telah berlangsung pada hari ini, semua peniaga telah menerima sumbangan menerusi wakil YB ADUN Malim Nawar. Pentadbiran ini merakam penghargaan diatas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Ayuh memberi sokongan kepada peniaga di Dataran Niaga Tanjung Tualang
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962