SESI LIBAT URUS KOMUNITI BERSAMA PENIAGA PASAR AWAM TRONOH DAN PASAR AWAM PUSING
26 Ogos 2023 -Sesi libat urus bersama peniaga Pasar Awam Tronoh dan Pasar Awam Pusing diketuai oleh Yang Berhormat Adun Tronoh, Encik Steven Tiew Tee Siang bersama Ahli Majlis serta pegawai dari Majlis Daerah Batu Gajah.
Tujuan sesi berlangsung adalah untuk memaklumkan kepada peniaga mengenai kerja-kerja menaiktaraf Pasar Awam Tronoh dan Pusing. Terima kasih diucapkan kepada peniaga yang memberi input-input diperlukan demi kepentingan bersama.