Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI PENIAGA DATARAN NIAGA TANJUNG TUALANG

Tanjung Tualang 3 Mei 2024 - Sebuah inisiatif Majlis Daerah Batu Gajah dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti peniaga dengan melaksana sesi libat urus bagi penambahbaikan di atas isu berkaitan peniaga. Kerjasama yang baik antara YB ADUN Malim Nawar Pn. Bavani Veraiah, Ahli Majlis, agensi kerajaan dalam daerah, peniaga dan Majlis Daerah Batu Gajah telah mencapai kata sepakat bagi penyelesaian isu di lapangan.

Semoga usaha ini dapat memberikan keselesaan kepada peniaga yang terlibat. Sebagai makluman bersama, peniaga di tapak niaga Jalan Besar Tg. Tualang (berhadapan pejabat Pos) telah dipindahkan ke Dataran Niaga Tanjung Tualang (tapak Pasar Malam & Pagi).Tujuan utama tindakan adalah berkaitan keselamatan bersama peniaga dan pelanggan serta memastikan penyediaan tapak niaga yang lebih kondusif. Sokongan berterusan komuniti amat kami hargai.

Untuk sebarang aduan/maklum balas/cadangan, boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my.

#BatuGajahBandarBertuah

 
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 20/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286982