21 Disember 2022-Majlis Daerah Batu Gajah telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Pengilang Bagi Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kawasan Perindustrian Bemban dan Pertimbangan Lain di Kawasan Perindustrian Bemban bertempat di Kilang Camfill (M) Sdn.Bhd.
Sesi libat urus ini dihadiri wakil komuniti pengilang
berhampiran bagi mendapatkan maklum balas dan mencapai kata sepakat dalam menangani isu sedia ada bersama-sama Majlis Daerah Batu Gajah.
Sesi soal jawab yang diketuai oleh Encik Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah juga berjalan dengan lancar.Semoga input yang diberi dapat memberi manfaat kepada komuniti pengilang sekitar Kawasan Perindustrian Bemban.