Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya seperti Fit For Run, Senaman Aerobik, Pertandingan Mewarna dan lain-lain lagi. Selain itu, booth dari pelbagai agensi juga telah dibuka seperti pemeriksaan kesihatan, kaunter kutipan cukai tanah dan lain-lain bagi manfaat pengunjung yang hadir.
Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat dibudayakan agar komuniti penduduk Batu Gajah kekal sihat dan aktif.