Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM KONVOI MOTOSIKAL DAN PERASMIAN PAPAN TANDA BATU GAJAH BIKERS TRAIL

28 Disember 2023 - Program Konvoi Motosikal dan Perasmian Papan Tanda Batu Gajah Bikers Trail telah diadakan sempena tahun melawat Perak 2024. Gandingan kerjasama antara Tourism Perak bersama Majlis Daerah Batu Gajah dalam usaha menyediakan platform promosi agar membolehkan destinasi dalam daerah dikenali umum.
Program ini merupakan salah satu pelengkap bagi aktiviti tersebut. Sebelum memulakan program, taklimat keselamatan diberikan oleh pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dan konvoi bermula dari Dataran Komuniti Batu Gajah hingga ke Kellie’s Castle.
Program dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahli-Ahli Majlis serta Pengurus Kellie’s Castle.
Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta konvoi yang turut hadir yang melibatkan daripada anggota Majlis Daerah Batu Gajah, Kampar Bikers Club serta komuniti yang lain. Semoga usaha mempromosikan Batu Gajah dan Negeri Perak dapat dilaksana secara bersama.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962