Batu Gajah - 17 Ogos 2024, Majlis Daerah Batu Gajah dengan kerjasama agensi kerajaan , swasta dan komuniti setempat telah berjaya melaksanakan program Komuniti Perak Sejahtera - Batu Gajah Membangun Bersama Komuniti.
Outcome utama program adalah promosi berkaitan aspirasi kerajaan Negeri Perak bagi pelaksanaan Perak Sejahtera 2030. Program ini telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Perak. Turut bersama En. Mohamad Razif Bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, YB Encik Steven Tiw Tee Siang ,ADUN Tronoh dan agensi dalam daerah.