5 Januari 2023-Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana OPS Cantum di sekitar Jalan Pusing, Batu Gajah. Operasi ni merangkumi semua aspek Pematuhan dari segi Penguatkuasaan, Pelesenan Tred,Halangan Tempat Awam,Aduan Awam serta mempromosikan Aplikasi Park@Perak serta Sewa Petak Letak Kereta.
Hasil dari OPS Cantum sebanyak 26 premis telah diperiksa dan 4 daripadanya telah memperbaharui lesen serta merta dengan membayar
secara atas talian dan tunai. Sebanyak 2 tawaran kompaun dan 1 notis dikeluarkan dibawah pekeliling Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Majlis Daerah Batu Gajah menyarankan supaya peniaga-peniaga dapat memperbaharui lesen dengan kadar segera bagi menggelakkan tindakan kompaun dikenakan.