Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

NOTIS PEMBERITAHUAN PINDAH MILIK

Dimaklumkan bahawa segala harta yang telah dijual atau dipindah milik yang terletak di dalam kawasan Majlis hendaklah dimaklumkan kepada Majlis sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menyatakan apabila sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dijual atau dipindah milik maka adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindahmilik dan pembeli atau penerima pindah milik dalam tempoh tiga (3) bulan selepas jualan atau pindah milik itu memberi notis mengenainya kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam Borang I dalam jadual pertama kepada Akta ini.
Manakala bagi para empat (4) di bawah seksyen yang sama, Tiap-tiap orang yang menjual atau memindah milik sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan adalah masih lagi bertanggungan membayar semua kadar yang kena dibayar mengenai pegangan itu dan melaksanakan segala kewajipan lain yang ditanggungkan oleh bahagian ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil ke atas pemunya pegangan itu, yang kena dibayar atau akan dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum notis mengenai pindah milik itu diberi atau sehingga jualan atau pindah milik itu direkodkan dalam buku Pihak Berkuasa Tempatan.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962