Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

NOTIS MEMULAKAN KERJA-KERJA PENYEDIAAN SENARAI NILAIAN BAHARU BAGI PEGANGAN PEGANGAN DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH (MDBG) DI BAWAH SEKSYEN 137, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.

Pihak Majlis telah melantik Penilai Berdaftar iaitu Tetuan PROHARTA CONSULTANCY SDN. BHD. (494405-D) untuk melaksanakan kerja-kerja penyediaan senarai nilaian baharu bagi pegangan-pegangan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).
Pegawai dan kakitangan firma ini akan memakai tanda nama atau surat kebenaran atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh pihak Majlis. Tuan/Puan dinasihatkan menyemak tanda nama/surat pengesahan/ kad kuasa sebelum memberi kebenaran kepada pegawai-pegawai berkenaan. Pegawai serta kakitangan dari firma ini akan memeriksa atau mengukur pegangan/harta di dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah.
Tempoh perlantikan firma ini berkuatkuasa pada 01 September 2022 dan tamat pada 31 Ogos 2024 atau pada suatu tempoh yang dilanjutkan oleh Majlis.
Tuan/puan adalah dimohon untuk memberi kerjasama kepada pihak firma ini dengan memberi maklumat seperti yang dikehendaki semasa lawatan dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana orang yang enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu atau menghalang pihak yang dilantik.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962