Pada hari ini Rabu 4 September 2024 Majlis Daerah Batu Gaiah telah menerima lawatan penandaarasan dari Majlis Perbandaran Manjung bagi pelaksanaan Digital Document Management System 2.0. Lawatan yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri bersama pengarah kanan, pengarah dan delegasi seramai 50 orang telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Mohamad Razif bin Ramli.
Sesi taklimat pelaksanaan DDMS 2.0 telah disampaikan oleh Encik Makhlis bin Othman, Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan merangkap Pegawai Rekod Jabatan. Sejurus taklimat delegasi dari MPM telah dibawa melawat ke bilik registeri, dan jabatan-jabatan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan DDMS 2.0.
Pihak MDBG mengucapkan terima kasih di atas kunjungan ini dan semoga sesi perkongsian ilmu sebegini dapat memberikan manfaat kepada kedua belah pihak ke arah pendigitalan pengurusan rekod jabatan dapat dilaksanakan dengan sempurna.