25 Mei 2023-Terima kasih diucapkan kepada pegawai Pejabat Pembangunan Negeri atas lawatan teknikal ke Tanjung Tualang Tin Dredge No.5(TT5).
Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta dan Encik Mohamad Razif bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah.
Semoga hubungan baik antara agensi dapat diteruskan pada masa akan datang dan membawa lebih ramai pelancong ke kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah.