6 April 2023 - Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Majlis Daerah Batu Gajah telah dilaksanakan yang melibatkan panel penilai dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak. Lawatan ini melibatkan seramai empat (4) orang ahli panel dengan diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Foudzli bin Abdullah, Pengarah Keselamatan Negeri Perak.