Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWAT TAPAK KE BAZAR RAMADAN DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Batu Gajah - Keperluan memahami isu berbangkit di lapangan adalah sebuah mekanisme bagi memastikan kesejahteraan komuniti.

Program lawat tapak oleh YB ADUN Tronoh En. Steven Tiw Tee Siang, Pengurusan tertinggi Majlis Daerah Batu Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna (KPDNKK) pada hari ini bertujuan untuk memastikan keselamatan kualiti makanan dan harga makanan di bazar ramadan kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dalam keadaan terkawal selain ramah mesra bersama pengunjung serta peniaga.

Agihan bubur lambuk dan penyerahan cenderamata kepada peniaga juga dilaksana. Elemen bandar pintar seperti menggalakkan transaksi tanpa tunai, kempen kurangkan penggunaan beg plastik dan amalan membawa bekas sendiri daripada rumah juga dapat diketengahkan menerusi program ini.

Ayuh warga Batu Gajah bersama-sama memberi sokongan padu dalam mencapai matlamat ini untuk kesejahteraan bersama.

 

Title

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/07/24 • Jumlah Pelawat : 21286962