21 Mac 2023 - Sedang berlangsung Kolokium Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan (KKT Perak) 2023 di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Program ini mengumpulkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak melibatkan semua Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli Majlis PBT dalam perkongsian ilmu bersama PBT negeri Perak yang lain.
Diharapkan segala perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada semua PBT untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti.