Unit Teknologi Maklumat
Carta Organisasi Unit Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)
Fungsi Utama Unit Teknologi Maklumat
Pentadbiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengurusan komunikasi ICT MDBG
Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG
Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG
Aktiviti Bagi Fungsi-Fungsi Utama
Pentadbiran ICT dan pengurusan komunikasi ICT MDBG
Merancang hala tuju ICT MDBG dengan mewujudkan dan melaksanakan Pelan Strategik ICT MDBG dan Dasar Keselamatan ICT MDBG
Merancang, membangun, melaksana dan memantau serta memastikan laman web dan perkhidmatan online MDBG sentiasa dikemaskini
Merangka dan menjayakan program latihan ICT
Menjadi urus setia mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan ICT
Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG
Merancang, melaksana dan memantau sistem ICT Persekutuan dan Negeri
Merancang dan membangun serta melaksanakan perolehan sistem ICT mengikut keperluan MDBG
Menyelenggara sistem ICT yang digunapakai di MDBG
Menguruskan akses kepada sistem ICT yang digunapakai di MDBG
Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG
Melaksanakan penyelenggaraan peralatan ICT mengikut keperluan
Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan
Merancang keperluan dan melaksana jaringan rangkaian ICT MDBG
Memantau dan menyelenggara jaringan rangkaian ICT MDBG
Menguruskan pusat penyimpanan / pengurusan data digital dan bilik pelayan (server)
Memberi khidmat nasihat perolehan peralatan ICT
Menguruskan inventori peralatan ICT gantian