Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Bahagian Penilaian

  • Membuat Penilaian ke atas semua pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran MDBG untuk menentukan nilaian tahunan bagi maksud kadaran.
  • Menyediakan Senarai Nilaian Baru di bawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang perlu dibuat setiap 5 tahun atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Membuat Pindaan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mengikut sebab-sebab seperti peruntukan Akta.
  • Menuntut Caruman Bantu Kadar (CBK) ke atas harta milik Kerajaan Persekutuan (termasuk Angkatan Tentera Malaysia), Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Bahagian Pengurusan Harta

  • Menyediakan dan mengemaskini senarai lengkap harta tak alih milik MDBG.
  • Menguruskan pembayaran bil cukai tanah bagi harta tak alih milik MDBG.
  • Menguruskan penyewaan gerai, pasar, dan lain-lain harta milik MDBG.
  • Menguruskan penyelenggaraan bangunan dan lain-lain harta milik MDBG.