MENU

Sejarah Local Agenda 21

  • Pada Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) telah menghadiri satu persidangan kemuncak Bumi Bangsa – Bangsa di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mampan.Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21 – satu agenda untuk mencapai pembangunan mampan di Abad 21.
  • Pelan Pembangunan Mampan Agenda 21 mengandungi 40 Bab .Bab 28 adalah mengenai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong Agenda 21 berbunyi: "disebabkan banyak masalah disyorkan dalam Agenda 21 berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektifnya"
  • Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanaan Agenda 21 ke arah pembangunan mampan peringkat tempatan.

 

Pengenalan Local Agenda 21

Apa Itu Local Agenda 21?

  • Secara ringkas Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.
  • Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.
  • Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan.
  • Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.

 

Objektif Local Agenda 21

  • Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.
  • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
  • Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.
  • Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
  • Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT.

 

Ciri-Ciri Pembangunan Mampan

  • Alam Sekitar 
    • Pembangunan yang mengambil kira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
  • Kesaksamaan Sosial 
    • Perolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.
  • Ekonomi Manusia 
    • Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
  • Masa Hadapan 
    • Sebarang keputusan tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
  • Penyertaan 
    • Seluruh masyarakat terlibat.
  • Tindakan Tempatan / Impak Global 
    • Pembangunan tempatan yang menyunting kepada resolusi isu global.

 

Ciri-Ciri Local Agenda 21

  • Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama.
  • Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus).
  • Melibatkan masyarakat tempatan.
  • Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini.
  • Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan.

 

Faedah Local Agenda 21

Sebagai Individu :

  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
  • Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

 

Sebagai Persatuan atau Syarikat :

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.

 

Sebagai Wakil Kerajaan :

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. akan membawa manfaat kepada semua.
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.